wpid-dunia-sukan-image-for-website-story17-300x200.jpegPenyokong ‘The Red Warriors’ diminta jangan cepat melatah dan terus menghukum pemain import Keita Mandjou berikutan persembahannya dalam beberapa perlawanan sebelum ini yang dilihat ‘lambat panas’.

Ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak berkata beliau percaya Mandjou sedang
tercari-cari rentak permainannya.

 

“Keita Mandjou perlu diberi sedikit masa untuk meningkatkan prestasinya dan
berada pada kemampuan sebenar seperti ketika menjadi penjaring terbanyak bersama Perak dulu,” katanya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau percaya pemain itu boleh
memberi persembahan terbaik dan membantu pasukan mencipta kejuaraan musim ini.

Pada perlawanan pertama Liga Super malam tadi ketika menentang Selangor
PKNS, Kelantan hampir dihukum di gelanggang sendiri sebelum Zairul Fitree Ishak
menyudahkan sepakan percuma daripada Mohd Badhri pada minit-minit akhir
perlawanan.

Kelantan menang tipis 2-1 ke atas Selangor PKNS pada perlawanan itu yang
menyaksikan prestasi Mandjou berada di bawah kemampuan sebenarnya sebagai
penyerang.

Beberapa percubaan yang dilakukannya gagal memberi sebarang jaringan untuk
Kelantan, sekali gus mengundang rasa marah dalam kalangan penonton.-BERNAMA.