Connect with:




Juara Kejohanan Remaja Dunia 2011, Zulfadli Zulkifli tidak menjadi kecaman netizen apabila keputusan ketua jurulatih, Datuk Misbun Sidek enggan memerlukan khidmatnya dalam Kejohanan Berpasukan Asia, bulan depan.

 

Zulfadli juga menyatakan bahawa tidak menerima sebarang surat tawaran daripada badan induk untuk persediaan menghadapi kejohanan tersebut.

 

Dai turut menyuarakan hasrat bahawa jangan menggelarkannya sebagai ego, sombong dan banyak alasan, menurutnya lagi sebelum ini jika dipanggil untuk melakukan latihan, dia akan hadir dan tidak pernah ponteng latihan.

 

Zulfadli yang pernah bertanding dalam Piala Thomas 2016, tidak akan berputus asa sekali gus akan meningkatkan prestasinya dalam permainan dalam kejohanan yang besar.

 

Skuad negara dijangka diumumkan Khamis ini selepas mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) dengan Datuk Lee Chong Wei, Lee Zii Jia, Soong Joo Ven dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin bakal mengisi empat kuota yang ditetapkan.