Juara lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin tidak mahu terlalu yakin untuk memenangi pingat buat kontinjen negara pada temasya Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, bulan depan.

Beliau berkata, kemampuan beliau untuk memenangi pingat bergantung pada hari sebenar kejohanan termasuk bebas daripada sebarang bentuk kecederaan.

“Saya akan lakukan yang terbaik dalam semua temasya dan kejohanan yang saya sertai. Kalau hendak bercakap mengenai pingat, saya tidak tahu kerana ia bergantung pada hari kejohanan.

“Yang paling penting bebas dari kecederaan. Dari situ saya boleh buat yang terbaik, termasuk mencipta rekod kebangsaan baharu,” katanya yang menyifatkan jaguh Jamaica, Australia dan United Kingdom sebagai saingan utama.

Altet dari Negeri Sembilan yang kini berada di Singapura bersama jurulatih, Franc Petrovic menyertai kem latihan kira-kira dua minggu.

Pemenang pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas ini akan bertolak ke Sydney dan terus berada di negara berkenaan bagi menyertai temasya Komanwel.

Sukan Komanwel dijadualkan berlangsug pada 4 hingga 15 April ini.

Foto Kredit :