Beregu campuran negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing menang mudah selepas menewaskan Lee Yang dan Hsu Ya Ching dengan mata 21-14, 22-20 di Pusat Konvesyen Jakarta semalam.

Manakala pasangan nombor dua negara bakal berhadapan dengan Fachryza Abimanyu dan Bunga Fitriani Romadhani dalam pusingan kedua.

Lai Pei Jing berkata, meskipun mereka melakukan beberapa kesalahan pada set kedua, tetapi mereka berpuas hati dengan cara permainan mereka.

Goh Soon Huat dan Shevon Lai bakal berhadapan pasangan dari Taiwan, Lu Ching Yao dan Chiang Kai Hsin selepas mencatat kemenangan 21-16, 15-21, 21-1,  menundukkan pilihan kelapan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanchai.

Chan Peng Soon dan Peck Yen Wei merupakan pasangan gandingan baru yang berjaya menumpaskan pasangan tuan rumah, Ronald Ronald dan Melati Daeva Oktavianti (21-18, 21-18) tetapi bakal memiliki kesukaran untuk menentang pilihan kedua dari China, Lu Kai dan Huang Yaqiong.

Soniia Cheah mara ke pusingan seterusnya dalam perseorangan wanita selepas berjaya menumpaskan perseorangan dari Taiwan, Chiang Mei Hui.