Connect with:




Bagi gandingan beregu baru digandingkan, Goh V Shem-Teo Ee Yi dan Tan Wee Kiong-Ong Yew Sin perlu lebih fokus walau berdepan lawan sukar di Siri Super Terbuka Hong Kong bermula esok.

 

Gandingan baru ini dilihat masih boleh menunjukkan peningkatan walaupun gagal menampilkan aksi yang cemerlang dalam tiga kejohanan sebelum ini iaitu Terbuka Perancis, Terbuka Jerman dan terbuka China.

 

Smash paling laju dalam sejarah badminton

Berikut adalah lima smash paling laju yang pernah tercatat dalam sejarah badminton dunia:

 

  1. Kashyap Parupalli (India)
  • Beliau berjaya mencatat 401 km/j dalam perlawanan menentang Chou Tien-Chen. Dalam masa yang sama, Lin Dan juga berjaya mencatat kelajuan yang sama dalam kejohanan yang sama.

 

  1. Viktor Axelsen (Denmark)
  • Pemain muda yang berasal dari Denmark ini berjaya mencatat smah pantas 404 km/j dalam Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2015.

 

  1. Jan O Jorgensen (Denmark)
  • Bagi pemain ini pula, dia berjaya mencatat smash sepantas 407 km/j dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia pada ketika perlawanan menentang Datuk Lee Chong Wei.

 

  1. Datuk Lee Chong Wei (Malaysia)
  • Bagi jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pernah mencatat rekod smash terpantas selaju 408 km/j mengatasi Jorgensen dari Denmark.

 

  1. Mads Pieler Kolding (Denmark)
  • Rekod terpantas, 426 km/j berjaya dicatat dalam kejohanan liga badminton yang berlangsung di India. Dia juga berjaya memecahkan rekod dunia dengan memiliki smash terpantas.

 

Foto Kredit: Imgrum