Connect with:




Meskipun baru dua minggu direhatkan, bintang bola sepak dunia, Lionel Messi tersenarai dalam kesebelasan utama Barcelona menjelang aksi pertemuan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan Inter Milan pada Selasa.

Difahamkan, Messi yang diberikan tempoh rehat tingga minggu kerana patah tangan ketika aksi menentang Sevilla bulan lalu mendapat perlepasan awal biarpun dia mempunyai baki seminggu untuk menjalani proses pemulihan.

AS melaporkan tarikh tutup bagi pengundian calon anugerah Ballon d’Or pada Jumaat ini antara sebab utama Messi ingin menyertai skuadnya dengan tempoh yang lebih awal.

Jurulatih Ernesto Valverde bagaimanapun mengakui beliau masih bimbang dengan prestasi pemainnya itu tetapi yakin Messi mampu mempamerkan aksi terbaik semasa perlawanan berlangsung nanti.

Dia terlepas beberapa aksi yang menyaksikan kemenangan The Catalan ketika kelab berkenaan menang 5-1 ke atas Real Madrid dan 2-0 ketika menentang Inter Milan.

Pada Ahad, pemain berusia 31 tahun itu dilihat menyertai pasukannya mengadakan latihan di Ciutat Esportiva.

Sementara itu, Barcelona kini menghuni tangga teratas Kumpulan B bagi Liga Juara-Juara Eropah.

Foto: AFP