Connect with:




Berapa banyak wang diperlukan untuk membina kereta Formula One? Sebuah jurnal sukan Itali pada tahun 2014, mendedahkan sebanyak RM 1 bilion ($ 300 juta) diperlukan untuk menghasilkan sebuah kereta F1. Dalam pada itu, Federation Internationale de l’Automobile (FIA) telah melakukan beberapa perubahan mengenai reka bentuk kereta untuk setiap musim. Jadi, kos pembinaan kereta juga akan meningkat mengikut musim baru.

Tahukah anda bahawa pasukan F1 yang lebih besar seperti Ferrari, Mercedes, Red Bull dan McLaren menghabiskan anggaran hampir RM 1.5 bilion ($ 400 juta) setahun untuk menghasilkan kereta yang paling baik bagi musim ini termasuk kos kakitangan, mekanik, jurutera dan pemandu?

 

Walaubagaimanapun, tidak semua bajet dari satiap pasukan mempunyai jumlah belanjawan yang sama dengan sebahagian daripada mereka memperuntukkan belanjawan dari RM965 juta ke RM1 billion ($250 juta-$350juta) setiap tahun.

– Kos Enjin

Enjin yang kuat  dibina di kereta F1 boleh membentuk kelajuan yang baik di landasan. Selain itu, anda perlu tahu bahawa enjin merupakan salah salah satu komponen paling mahal yang dihasilkan dalam kereta F1 iaitu RM30.3 juta- RM39.3 juta($7.7 million- $10 million). Pasukan F1 seperti Mercedes, Ferrari, dan McLaren yang kebanyakannya meminta enjin daripada syarikat Jepun seperti Honda pasti akan mendapat pengurangan dari segi kos enjin.

 -Kos sayap depan & sayap belakang

Apabila kereta memecut di landasan, sayap memainkan peranan penting dalam keseimbangan ketika berdepan selekoh. Hampir RM1.1 juta ($ 300,000) diperlukan untuk membina sayap depan yang lebih baik. Namun, bagi sesetengah pasukan, mereka menggunakan sayap depan yang kosnya lebih murah sekitar RM590 578 ($ 150,000). Bagi sayap belakang pula, ianya akan menelan belanja hampir ($ 150,000) maksimum jika mereka menaik taraf sayap kereta.

-Kos Stereng

Kawalan sebenar kereta adalah melalui roda stereng. Untuk kereta F1, roda stereng yang khas akan direka bersesuaian dengan keselesaan pemandu. Anggaran kos untuk stereng adalah maksimum RM196 859- RM 393731 ($ 50,000- $ 100,000).

Kos tangki Bahan api

Kos bahan api (petrol) untuk kereta F1 membelanjakan hampir RM1.9 juta $ 500,000 dalam satu musim. Tambahan pula,  sebanyak 200 000 liter digunakan pelumba ketika sesi latihan dan sesi perlumbaan. Bagi kos penyelenggaran tangki minyak pula, ianya mampu menelan belanja hampir RM551 220 ($ 140,000).

-Kos Gearbox (kotak gear)

Kotak gear adalah komponen lain yang penting dalam sebuah kereta F1. Kebanyakan kereta menggunakan kotak gear separa automatik yang amat canggih. Harga kotak gear maksimum boleh mencecah hampir RM1.7 juta ($440,000). Sebaliknya, jika pasukan ingin meningkatkan prestasi yang lebih baik ketika berlumba, mereka perlu menambah sedikit lagi perbelanjaan sekitar RM 629 949 ($ 160,000).

-Kos Tayar

Terdapat tiga jenis tayar yang digunakan semasa perlumbaan (Kering, Basah dan Normal). Laporan dari Itali mendedahkan kos tayar  bagi kereta F1 adalah RM6 752 ($ 1715). Batas maksimum sesebuah tayar yang digunakan atas trek adalah sepanjang 20,000 batu.

-Kos Kerosakan Kemalangan

Kemalangan merupakan suatu perkara yang kita sendiri tidak boleh jangkakannya. Kemalangan boleh membawa kepada kerosakan utama ke atas kereta. Bagi kererta Formula One, kerosakan kereta boleh menelan kos sehingga RM2.1 juta ($ 550,000) maksimum. Ianya termasuk sayap belakang, sayap depan, casis dan beberapa bahagian enjin.