Apabila tiba bulan puasa, banyak artikel kesihatan ditulis di internet. Selain dari penjagaan pemakanan, cara bersenam di bulan Ramadan dan kepentingan bersahur, satu perkara menarik untuk dikupas dalam bulan Ramadan adalah solat terawih.

Terawih merupakan ibadat sunat yang sangat dituntut di bulan Ramadan. Tidak kira sama ada 8 atau 20 rakaat, terawih sebenarnya juga satu bentuk ‘senaman’ yang baik di bulan puasa.

Ini telah dibuktikan menerusi satu kajian oleh seorang doktor di England, Dr Ebrahim Kazim.

Bagi menyokong bukti ini, Dunia Sukan menilai sendiri berapakah jumlah kalori yang boleh dibakar dengan bersolat terawih. Bagi membuat penilaian ini, kami menggunakan Samsung Gear Fit 2 Pro yang boleh mengesan jumlah kalori dibakar selain kadar denyutan nadi, jarak larian dan sebagainya.