Connect with:




Berikan tumpuan untuk lakukan aksi terbaik dan kurangkan kesalahan dalam padang. Inilah yang dikatakan jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe kepada pendatang baru yang dipanggil untuk latihan berpusat semalam,

Jurulatih berusia 50 tahun itu memanggil dua pemain asal dari Johor Darul Tazim (JDT) – Natxo Insa dan LaVere Corbin-Ong.

Sehubungan itu, Cheng Hoe juga telah memasukkan Ariff Farhan Md Isa dari Kedah dan kapten pasukan Sabah iaitu Rawilson Batuil. Sembilan pemain bawah umur 23 tahun juga dipanggil – Haziq Nadzli, Akhyar Rashid, Syazwan Andik Ishak, Irfan Zakaria, Matthew Davies, Syahmi Safari, Safawi Rasid, Nor Azam Abdul Azih dan kapten, Adam Nor Azlin.

“Pemain dipanggil berdasarkan persembahan mereka di Liga M, jadi mereka harus berani berhadapan cabaran dan risiko serta percaya pada kemampuan mereka.
“Keyakinan diri penting ketika bermain di peringkat yang lebih tinggi,” kata Cheng Hoe selepas sesi latihan pertamanya di Sekolah Jepun di Kuala Lumpur, Subang, semalam.

“Saya hanya mahu para pemain mmempunyai keinginan dan azam yang tinggi untuk bermain mewakili pasukan kebangsaan. Kami cuma mempunyai masa yang singkat untuk mempersiapkan perlawanan dan saya mahu pemain memberikan yang terbaik.”

Tugasan pertama pasukan kebangsaan itu adalah persahabatan menentang Mongolia di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada 22 Mac sebelum berangkat ke Beirut bertembung Lubnan dalam perlawanan kumpulan kelayakan Piala Asia 2019 terakhir mereka pada 27 Mac.

Dalam pada itu, Malaysia akan disingkirkan daripada kempen kelayakan Piala Asia apabila mereka berada di bawah Kumpulan B ketinggalan hanya satu mata.

Cheng Hoe berkata semua pemain melaporkan diri untuk latihan kecuali Rizal Ghazali dari Kedah yang mengalami kecederaan lutut yang serius dan S. Kunanlan dari JDT ( kecderaan buku lali). Sementara itu, Nor Azam Abdul Azih dari Pahang akan melaporkan diri hari ini kerana dia mempunyai masalah keluarga untuk hadir.

“Kami tidak dapat melakukan banyak latihan disebabkan kebanyakan pemain bermain di pusingan ketiga Piala FA pada hari Sabtu, jadi kami hanya memberi tumpuan kepada pemulihan hari ini,” katanya.

“Kami akan memulakan persediaan dari aspek taktikal esok. Kami tidak mempunyai banyak masa dan saya berharap para pemain dapat menyesuaikan diri dengan cepat.”

Foto Kredit: FAM