Leoncino menggabungkan tradisi, mitos, semangat dan gaya kontemporari serta innovasi dan prestasi. Didekasikan khas kepada lagenda motorsikal itali yang kebanyakkannya menyumbang kepada sejarah jenama itu sendiri dan hari ini menemui identitinya sendiri dalam dunia yang serba moden ini. Benelli Malaysia mengesahkan akan melancarkan motorsikal gaya – retro Leoncino 500 ini pada separuh kedua tahun 2017.

Leoncino merupakan sebuah motorsikal yang laju dan padat serta menggunakan rim 17’ aloi. Ia sememangnya memindahkan kenikmatan maksima dari atas jalan. Menggunakan tayar 120/70-ZR17 untuk hadapan,dan 160/60-ZR17 untuk tayar belakang menjamin kestabilan dan prestasi terbaik dalam apa jua keadaan.

Suspensi hadapan yang berdiameter 45mm dan menggunakan teknologi fork terbalik, dipadankan dengan 4 omboh kali per brek yang mencengkam cakera 320mm. Pergerakan lengan buai di bahagian belakang dikawal oleh penyerap getaran sisi dan system brek dikawalselia oleh cakera 260mm bersama sama satu omboh kaliper.

Leoncino mempunyai dwi silinder dan enjin empat lejang, penyejuk cecair, 500cc dan kekuatan maksimap ada 47.6 CV (35kW) pada 8500 rpm dan tork maksimum 45 Nm (4.6kgm). Menampilkan sistem pelinciran takungan basah, suntikan elektronik, ‘overhead’ berkembar serta camshaft yang menggunakan sistem masa, 4 injap pada setiap silinder, klac hydraulik dan kotak gear 6-kelajuan. Rangka besi jejari yang menjanjikan pergerakan serba boleh pada tahap maksimum.

Reka bentuk oleh ‘CentroStileBenelli’ merupakan padanan sempurna ditambah dengan garis harmoni selama tidak termasuk emosi tulen Benelli yang terkenal. Dibahagian fender hadapan, dengan bangganya ia memaparkan ikon Singa Pesaro, pada tangki bahanapi dan tempat duduk penunggang, kesemuanya menekankan elemen keperibadian Leoncino yang serba baru ini. Sistem ABS, peralatan digital dan projektor dengan teknologi LED membuat mesin ini sangat berkualiti tinggi.

Leoncino yang serba baru ini mewakili rekabentuk tulen yang direka dari kejujuran hati yang membawa konsep mencari gaya dan konsep yang asal, pada ketika yang sama semua motorsikal klasik menyediakan gaya sporty dan tunggangan yang mengujakan.

Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings SdnBhd, (PengedarBenelli Malaysia), En.Asri Ahmad berkata, “Leoncino dijadualkan sebagai salah satu motorsikal yang akan tiba di Malaysia. Ia akan menjadi sebuah model yang mudah didapati dengan harga yang kompetitif yang akan diberitahu kemudian.”

“Kita tela hmenerima tempahanlebih 6000 unit motorsikal Benelli setelah pelancaran model moped pertama RFS150i, ‘superbike’ 302R dan motorsikal kembara TRK502 pada awal April yang lepas.

”Dengan pelancaran RFS150i, permintaan terhadap motorsikal keluaranBenelli telah meningkat tanpa dijangka di seluruh negara. Ini disebabkan oleh tawara npenjenamaan yang menarik dan semakin diterima, harga yang kompetitif, reka bentuk Itali yang canggih dan dinamik serta teknologi terkini.

Benelli Malaysia juga dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa Benelli Malaysia akan mengeksport dua model (RFS 150i dan TNT 135) ke Taiwan, Vietnam dan akan mensasarkan negara ASEAN yang berhampiran. Untuk maklumat lanjut tentang Benelli Malaysia, sila layari www.benelli.my atau laman Facebook www.fb.com/malaysia.benelli.