Pelumba Supermoto negara, Khairi Zakaria sekali lagi gagal dalam menjuarai kategori Asia dalam pusingan terakhir Kejohanan Supermoto Asia FIM 2017 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil,semalam.

Khairi hanya sekadar menduduki tangga kedua keseluruhan kategori Asia dengan mengumpul 203 mata berbanding pelumba Thailand, Trakarn Thangthong yang menjuarai kategori berkenaan setelah mengutip 211 mata.

Seorang lagi pelumba negara, Muhd Habibullah Mohd Salleh yang mewakili pasukan KTM Malaysia ELF Racing Team menduduki tangga ketiga keseluruhan dengan mengumpul 147 mata

Permulaan Khair yang perlahan menjadi punca kekalahannya pada pusingan pertama namun bangkit semula pada perlumbaan kedua namun tidak dapat untuk mengejar gelaran juara Asia kejohanan tersebut.

 

KEDUDUKAN AKHIR:

  • Kategori Asia:

Trakarn Thangthong (THA) 211 mata

KHAIRI ZAKARIA (MAS) 203

MUHD HABIBULLAH MOHD SALLEH (MAS) 147

Takashi Sasaki (JPN) 136

Naoto Takayama (JPN) 121

 

  • Kategori Terbuka:

Lewis Cornish (UK) 212 mata

Trakarn Thangthong (THA) 187

KHAIRI ZAKARIA (MAS) 181

MUHD HABIBULLAH MOHD SALLEH (MAS) 127

Takashi Sasaki (JPN) 118

 

Sumber : Bernama

Foto Kredit : Facebook (FIM Asia Supermoto Championship)