Para penunggang motosikal di seluruh negara kini boleh mendapatkan rangkaian produk lengkap minyak enjin motosikal Shell Advance dengan begitu mudah dari Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia di Lazada Malaysia, platform e-dagang yang terkemuka di negara ini.

Setiap pembelian minyak motosikal Shell Advance dari sumber rasmi akan dihantar terus ke muka pintu pelanggan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Sempena kemunculan Shell Advance dalam talian buat julung kalinya serta MotoGP™ Shell Malaysia 2017, pembeli dalam talian dan peminat tegar MotoGP™ akan berpeluang mendapatkan hadiah eksklusif* dengan pembelian produk-produk Shell Advance:

Dari 3-20 Oktober, beli satu pek Shell Advance dan dua tin Minuman Tenaga Monster melalui Lazada Malaysia dan rebut peluang untuk mendapatkan Hadiah Utama iaitu jemputan khas ke sesi santai bersama penunggang Ducati Jorge Lorenzo pada 25 Oktober 2017. Hanya 100 pemenang bertuah akan mendapat peluang istimewa ini. Hadiah Pertama adalah satu (1) tiket Hillstand dan kit aluan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk 150 pemenang bertuah, manakala 20 pemenang akan membawa pulang Hadiah Kedua iaitu satu (1) beg galas edisi khas Monster Recon setiap seorang.

Juga dari 3-20 Oktober, beli mana-mana satu pek Shell Advance Ultra atau Ultra Scooter dan dapatkan satu (1) tiket Hillstand dan kit aluan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), siapa cepat dia dapat!

Dari 25-29 Oktober, beli satu karton Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus atau Shell Advance AX7 untuk mendapatkan peluang untuk memenangi sepasang cermin mata Oakley yang ditandatangani oleh Jorge Lorenzo.

Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Baljit Singh, menyatakan bahawa kerjasama yang berterusan antara syarikat tersebut dan Lazada Malaysia ekoran kejayaan pelancaran minyak motor untuk kereta penumpang Shell Helix pada Ogos lalu membuktikan bahawa ia gigih berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan.

“Kini kami menyediakan kemudahan untuk penunggang di seluruh negara yang menginginkan perlindungan yang lengkap bagi enjin motosikal mereka yang hanya boleh didapati daripada Shell Advance. Dengan membuat pembelian di Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia, anda boleh ‘redah’ apa juga perkara yang tidak diduga dan ketidakpastian mengenai kualiti atau ketulenan produk tersebut. Lebih hebat lagi, anda mungkin mendapat ganjaran, sama ada pertemuan yang tidak dapat dilupakan dengan Jorge Lorenzo dari Ducati atau tiket Hillstand di SIC yang telah dikhaskan untuk Shell bagi tahun ini,” katanya.

Baljit juga melahirkan rasa gembiranya kerana produk-produk Shell Advance dan Shell Helix, menerusi Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia, akan menjadi sebahagian daripada ekstravaganza beli-belah iaitu Revolusi Dalam Talian Lazada Malaysia pada 11 November 2017 ini.

Acara tahunan ini adalah pesta beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara. Bertemakan ‘Shop the Universe’, para pembeli di enam buah negara akan dapat membeli jutaan produk dari seluruh dunia pada harga yang luar biasa. Tahun ini, buat pertama kalinya, penawaran tersebut akan turut merangkumi minyak enjin motosikal Shell Advance serta minyak motor untuk kereta penumpang Shell Helix yang tulen dan diperolehi dari sumber rasmi.

“Kami begitu teruja untuk memperluaskan lagi kerjasama kami dengan Shell Malaysia dengan pengenalan rangkaian minyak motosikal Shell Advance di platform kami. Para penunggang di seluruh Malaysia kini dapat menikmati akses dalam talian yang tiada bandingannya kepada produk yang tulen dengan hanya beberapa klik sahaja. Kami mengharapkan lebih banyak lagi produk dan perkhidmatan akan diperkenalkan di Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia dalam kami mempersiapkan diri untuk kempen terbesar kami pada November ini, iaitu Revolusi Dalam Talian,” kata Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.