Connect with:




Belgium memberikan amaran awal kepada semua pasukan yang akan bertanding di Piala Dunia 2018 apabila mudah menewaskan Mesir 3-0 dalam aksi pemanas badan di Brussels, awal pagi tadi.

Anak-anak buah Roberto Martinez tidak berdepan banyak masalah apabila jentera serangan mereka mudah mengkucar-kacirkan pertahanan Mesir apabila Romelu Lukaku, Eden Hazard dan Marouane Fellaini masing-masing menjaringkan gol.

Mesir yang kehilangan khidmat Mohamed Salah kerana masih dibelenggu kecederaan  ternyata tidak mampu mengekang ‘kerakusan’ pemain-pemain Belgium menjaringkan gol.

Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku, dipilih sebagai penyerang utama meledak gol pertama permainan pada minit ke-27 apabila penjaga gol Mesir, Essam El-Hadary gagal menangkap kemas percubaan Eden Hazard.

Hazard sekali lagi membuktikan kehebatan beliau apabila menjaringkan gol kedua 11 minit kemudian hasil hantaran Yannick Carrasco.

Fellaini menamatkan sisa-sisa perjuangan Mesir apabila meledak gol ketiga pada masa kecederaan bagi melengkapkan enam perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan buat Mesir.

Pengendali pasukan Belgium, Roberto Martinez memuji aksi anak-anak buahnya yang ‘bersatu hati’ elain persembahan serangan menggagumkan.

Martinez juga mengejutkan banyak pihak apabila memberikan jersi nombor empat kepada Laurent Ciman dan memberinya peluang beraksi 90 minit.

Sebelum ini, jersi nombor empat milik menjadi milik kapten pasukan, Vincent Kompany tetapi ditimpa kecederaan yang memaksa dia diketepikan daripada skuad.

Namun, peluang masih ada buat pemain Manchester City itu untuk membuktikan kecergasannya selain Thomas Vermaelen, Dedryck Boyata dan Leander Dendoncker masih menunggu keputusan Martinez.

Belgium diundi di dalam kumpulan G bersama-sama England, Panama dan Tunisia.

Sumber : MyMetro

Foto Kredit : goal(dot)com