Skuad Ragbi 15 sebelah Negara bermula garang apabila berjaya membenam KL Tigers 43-5 dalam aksi persahabatan di Padang TUDM Bellamy, semalam.

 

Skuad kendalian Lee Nyuk Fah berjaya mendominasi perlawanan seawal separuh masa pertama dengan menunjukkan permainan yang positif.

“Agak sukar untuk melepasi benteng pasukan KL Tigers kerana faktor fizikal agak menyebelahi mereka,

“Dengan fokus terhadap permainan yang tinggi kami berjaya memenangi perlawanan sekali gus membalas dendam atas kekalahan dua tahun lepas” Kata Nas Affie, 26.

Barisan pemain KL Tigers juga majoriti daripada pemain antarabangsa seperti, Samoa, United Kingdom, dan banyak lagi.

Skuad Hibiscus dijadual akan menjalani latihan di New Zealand Mac tahun hadapan bagi menghadapi Kejohanan Asia Ragbi Premier Division, April 2018.