Bekas peserta Masterchef London, Matt Campbell telah mati selepas pengsan dalam suatu kejohanan larian yang berlangsung di London, semalam.

Dia yang merupakan tukang masak professional dari Lake District menerima rawatan perubatan kecemasan selepas tidak sedarkan diri selepas berlari sejauh 36 kilometer dan sejurus kemudian, penganjur kejohanan mengumumkan, pelari berusia 29 tahun itu meninggal dunia ketika berada di hospital.

Difahamkan, Campbell yang telah sampai ke separuh akhir MasterChef: The Professionals tahun lalu adalah seorang yang minat dengan sukan larian dan pada dua minggu lepas, dia telah bersaing dalam ‘Greater Marathon Manchester’ dengan menrekodkan masa yang baik iaitu dibawah tiga jam.

Menjelang perlumbaan Ahad lalu, dia telah mengeluarkan kenyataan di Twitter mengenai dirinya yang sudah bersiap sedia untuk kejohanan tersebut (“Mari kita lakukan ini”).

Menerusi laman sesawang Campbell, kerjayanya sebagai seorang tukang masak menyaksikan dia sudah banyak mencapai kejayaan besar. Dia mula bekerja di restoran-restoran terkemuka seawal usia 20 tahun selepas menamatkan tempat kedua dalam BBC’s Young Chef pada tahun 2009.

Dia turut menghabiskan masa memasak dalam negara-negara di seluruh dunia, termasuk Perancis, Thailand dan Peru. Selepas itu, dia kembali ke United Kingdom tahun lepas dan bergiat dalam penulisan buku masakan.

Foto Kredit: Martin Campbell – CumbriaLive.tv – 2015