Connect with:




Ketika kes perpindahan bekas penyerang Kedah, Akhyar Rashid ke Johor Darul Takzim sedang kencang diperkatakan, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berjaya memenuhi kuota pemain import mereka yang kelima.

Memetik Tribunnews, bekas penyerang kelab Persib Bandung (Indonesia), Jonathan Bauman kini sah menyarung jersi Kedah selepas Ketua Jurulatih Persib Bandung, Mario gomez mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan kontraknya bagi musim 2019.

Bauman merupakan seorang penyerang yang mempunyai corak permainan yang sukar diramal. Sepanjang musim 2018, pemain asal Argentina itu menyumbang 12 gol untuk persib Bandung- merupakan penjaring kedua terbanyak setelah Ezechiel Ndouassel yang mencetak 17 gol.

Hasil sumbangan berkenaan, ia tidak sukar baginya untuk mendapatkan kelab baharu bagi musim ini selepas dibuang Persib Bandung.

Menerusi laman rasmi akaun Instagram KFA, pihaknya mengalu-alukan kemunculan Bauman selama semusim bersama skuad hijau kuning bagi memantapkan jentera serangan bersama Fernando Rodriguez, Zaquan Adha dan N Thanabalan.

Foto: Official Kedah FA