Perlawanan persahabatan futsal di antara Pilihan Dunia Sukan menentang Pilihan Real Sports Arena(RSA) itu telah diadakan di Real Sports Arena, Klang pada malam semalam.

Perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan 3-2 kepada Pilihan RSA itu telah menyaksikan penglibatan bekas-bekas pemain kebangsaan dari sukan bola sepak dan futsal.

Pasukan Pilihan Dunia Sukan telah dibarisi oleh bekas-bekas pemain kebangsaan seperti Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Durahim Jamaluddin serta bekas penyerang berkaliber kelahiran Sabah, Matlan Marjan. Pasukan Pilihan RSA pula dibarisi oleh bekas-bekas pemain futsal kebangsaan seperti Chiew Chun Yong, Jamhuri Zainuddin, Mohammad Feroz, Faizol Abdul Ghaffar  dan ramai lagi.

Selain itu, perlawanan persahabatan di antara PSC Sabah menentang Peminat Facebook Dunia Sukan juga telah diadakan, sebelum acara utama.

Perlawanan persahabatan tersebut telah ditaja oleh jenama sukan, Altra, Coneli dan Sportshop serta Real Sports Arena Klang, sebagai gelanggang rasmi perlawanan.