Connect with:




Anda mencari rumah agam yang selesa dan luas? Bekas pemain golf nombor satu dunia, Luke Donald memberitahu ingin menjual rumah agamnya yang terletak di Illinois dengan harga £3.4juta (RM 18 juta).

Difahamkan, rumah itu lengkap dengan bilik simulator golf berteknologi tinggi, mempunyai enam bilik yang besar walaupun terdapat pengubahsuaian yang luas untuk memberi keselesaan kepada tuan rumah.

Bilik Golf Simulatior yang direka khas untuk pembeli. Kredit: BAIRD & WARNER

Dia juga berkata bahawa siapa sahaja yang bertuah dapat membeli rumahnya, maka orang itu pasti akan mendapat kemudahan ‘kelas pertama’ yang terbaik.

Ubahsuai tempat lepak bersama keluarga dan rakan. Kredit: BAIRD & WARNER

Selain itu, ia mempunyai sebuah kolam renang yang besar besertakan papan anjal dan kawasan gelanggang yang luas.

Apabila ditanya mengapa dia ingin menjualkan rumah itu, Donald menjelaskan bahawa dia dan isterinya, Diane akan berpindah kerana mereka jarang menghabiskan masa yang banyak di Northfield, Illinois.

Terdapat banyak ruang yang membolehkan anda melayan tetamu yang hadir. Kredit: BAIRD & WARNER

Mereka membeli tempat itu pada tahun 2008 dengan harga £2.83juta (RM 14.8juta) tetapi kini, mereka banyak menghabiskan masa di Florida.

Daily Mail melaporkan ejen hartanah rumah tersebut, Lindy Goss berkata:”Pasangan itu telah mengubahsuai dapur sepenuhnya, meluaskan bilik utama dan memperbaharui bilik wain bawah tanah.

Suasana menenangkan bagi sesiapa yang ingin ‘relax’ di ruang ‘kelas pertama’. Kredit: BAIRD & WARNER

“Di ruang bawah tanah juga, mereka telah menambah beberapa pusat gim dan kawasan seperti kelab dan bar seta meja billiard,” katanya.