Connect with:




Stadium LA Galaxy akan mempamerkan tugu David Beckham bagi menghargai legasi pemain popular itu.

Walau bagaimanapun, Beckham dilihat berang dan tidak puas hati setelah diperlihatkan dengan hasil kerja berkenaan tanpa menyedari ia adalah tugu palsu sahaja.

Video tersebut merupakan prank yang diterbitkan oleh sebuah rancangan The Late Late Show, kendalian pengacara popular James Corden.

 

 

Selain tugu itu dilihat tidak sama dan hodoh, Beckham juga terpaksa melayan karenah beberapa individu yang menyamar menjadi peminatnya, menerusi prank itu.

“Ia sangat berlainan dengan apa yang saya lihat di Chicago. Kenapa dagu semakin panjang?

“Ia langsung tidak sama dengan saya. Tengok matanya. Rambut saja yang elok. Macam mana boleh jadi sebegini?

“Nasib baik hanya isteri dan ibu bapa saya yang datang tengok. Kalau anak-anak saya datang sudah tentu mereka akan menangis,” ujar Beckham tanpa menyedari ia adalah prank semata-mata.

Berang dengan hasil tugu yang sangat tidak berkualiti berkenaan, Beckham juga mempersoal jika ia benar-benar akan dipamerkan di Stadium LA Galaxy kelak.

Bagaimanapun Beckham menyedari ia sekadar prank apabila Corden memasuki set tersebut. – ESPN

Foto : The Late Late Show with James Corden