Connect with:




Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP hari ini telah melancarkan jentera baharu mereka di Jakarta, Indonesia dengan menampilkan warna biru dan hitam sebagai penampilan utama.

Sebelum ini dikenali sebagai Yamaha Factory Racing MotoGP, pasukan diberikan nama baharu bersempena dengan perjanjian persefahaman jangka panjang bersama penaja utama, Monster Energy Company. Perjanjian tersebut telah ditandatangani tahun lalu dan hari ini, id diterjemahkan menerusi pengenalan jentera 2019 Yamaha YZR-M1 dengan tema “Beast Mode On” untuk mencabar kejuaraan dunia MotoGP tahun ini.

 

Dua penunggang pasukan, Valentino Rossi dan Maverick Vinales hadir bersama-sama dengan Presiden Yamaha Motor Racing, Kouchi Tsuji, Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing, Lin Jarvis dan Naib presiden Bahagian Pemasaran Sukan Monster Energy, Mitch Covington.

Rossi dan Vinales akan berlepas ke Kuala Lumpur selepas ini dimana mereka akan menjalani sesi latihan rasmi pra musim di Sepang.