Bazly (tiga dari kiri) menerima Anugerah Siebel yang di sampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Segmen bersama pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan yang bertajuk “Jantan : Terpantas Asia” ternyata memberi tuah kepada Wan Nor Bazly Wan Azmi apabila berjaya memenangi  Anugerahkan Wartawan Terbaik 2017 sekali gus berjaya mengekalkan Anugerah Siebel untuk tahun kedua berturut-turut dalam Majlis Anugerah Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2017 malam tadi.

Tuah sekali lagi memihak kepada wartawan dari Astro Arena ini apabila Bazly berjaya merangkul Laporan Khas Terbaik Terbuka Media Cetak dan Media Elektronik. Dua kemenangan yang diraih oleh beliau membolehkan Bazly membawa pulang hadiah wang tunai RM 10 000 berserta trofi.

Beliau juga berterima kasih kepada Khairul Hafiz Jantan dan jurulatih beliau Mohd Poad Md Kassim atas kemenangan itu kerana berjaya membantu beliau menyiapkan tugasan misi bawah 10 saaat.

Beliau yang baru lepas melakukan pembedahan ACL tetap datang bersama ahli keluarga beliau dan beliau juga menyatakan bahawa akan kembali bertugas dalam masa dua minggu lagi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut hadir dalam majlis tersebut dan menyampaikan hadiah kepda pemenang. Anugerah SAM telah berlangsung di Hotel PJ Hilton, Petaling Jaya.