Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Bayern Munich untuk meraih kemenangan 3-0 dalam pertembungan Liga Juara-Juara di ibu kota Paris, awal pagi tadi.

PSG memaparkan aksi cemerlang dengan meledak gol sejurus 90 saat perlawanan bermula menerusi Dani Alvis di Parc des Princes.

Edison Cavani melipatgandakan kelebihan PSG pada minit ke-30 sebelum Neymar melengkapkan kemenangan 3-0 pada minit ke-63.

Kekalahan menyaksikan Juara Jerman itu mengalami kekalahan terbesar sejak tewas kepada Barcelona dengan jumlah yang sama pada Mei 2015.

PSG mendahului Kumpulan B dengan enam mata maksimum selepas dua perlawanan.

 

Foto kredit: Bayern Munich Official