Connect with:




Skuad kendalian Jupp Heynckes berjaya bangkit untuk mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Sevilla dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi.

Sevilla yang bermain di halaman sendiri ternyata memberi kelebihan kepada tuan rumah apabila berjaya mengejutkan Bayern apabila Pablo Sarabia membuka tirai jaringan untuk tuan rumah.

Bagaimanapun jaringan itu hanya mampu bertahan seketika sahaja apabila pemain bertahanan Sevilla, Jesus Navas menjaringkan gol sendiri pada minit ke-37 dan kembali mengikat kedudukan sekali gus memberi kelebihan semula kepada Bayern.

Kedua-dua pasukan terus melakukan serangan dalam usaha mencari gol kedua untuk membawa bekalan ke suku akhir kedua nanti. Akhirnya Thiago Alcantara muncul wira pasukan Bayern apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-68 sekali gus memberi sedikit kelebihan kepada pasukan Bayern dalam perlawanan kedua nanti.

Suku akhir kedua nanti, Bayern Munich akan menerima kunjunga Sevilla di Stadium Allianz Arena pada 12 April ini.

Foto Kredit : FC Bayern M√ľnchen