Connect with:




Pendahulu Bundesliga, Bayern Munich berjaya bangkit untuk mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Wolfsburg dalam saingan liga awal pagi tadi.

Bayern dikejutkan oleh jaringan awal dari Daniel Didavi pada minit ke-8 permainan. Arjen Robben mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-55 namun sepakan penalti beliau berjaya di tempis keluar oleh penjaga gol Wolfsburg, Koen Casteels.

Pada minit ke-64, hasil gerakan dari Robben akhir mereka berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Sandro Wagner.

Robert Lewandowski muncul wira pasukan Bayern apabila berjaya memanfaatkan penalti pada masa kecederaan sekali gus memberi tiga mata penuh kepada skuad kendalian Jupp Heynckes.

Persaingan Bundesliga untuk merebut kejuaraan hampir tertutup dan rasanya piala Bundesliga mungkin sudah boleh di simpan oleh Bayern Munich untuk kejuaraan liga kali keenam berturut-turut musim ini.

Mereka kini gah berada di puncak liga dengan kelebihan 21 mata dan mampukah mana-mana pasukan halang mereka dari muncul juara?

Foto Kredit : FC Bayern München