Connect with:




Bayern Munich mengiringi Real Madrid ke separuh akhir Liga Juara Juara selepas terikat tanpa jaringan dengan Sevilla dan mara menerusi agregat 2-1, di Allianz Arena, awal pagi tadi.

Bayern yang hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke peringkat seterusnya hampir dikejutkan pasukan pelawat apabila tandukan Joaquin Correa terkena palang pada minit ke-59.

Skuad bimbingan Jupp Heynckes berada di landasan yang tepat untuk merangkul kejuaraan Eropah keenam mereka susulan kemaraan ke peringkat separuh akhir kejohanan berprestij itu.

Bayern menyertai Liverpool, AS Roma dan Real Madrid ke separuh akhir selepas Real menyingkirkan wakil Itali, Juventus dengan agregat 4-3 hasil jaringan penalti Cristiano Ronaldo pada masa kecederaan. – AFP

Sumber : My Metro

Foto Kredit : bettingtipsx(dot)com