Connect with:




Tugas getir menanti Bayern Munich dalam perebutan tiket suku akhir Liga Juara-Juara selepas diundi menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris Liverpool dalam peringkat kalah mati, semalam.

Menurut Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzi, dia mengakui Reds sememangnya sedang berada di tahap prestasi terbaik kerana masih mengekalkan rekod tanpa kalah dan mempunyai kubu serangan ynag kuat.

Bahkan, dia turut melahirkan rasa bimbang mengenai pasukannya yang sedang mengharungi perlawanan yang tidak menentu dan memuji corak permainan yang dipamerkan anah buah Jurgen Klopp itu.

“Liverpool mempunyai corak permainan yang sangat cantik dan mampu mengancam mana-mana kubu pasukan lawan.

“Kami bersedia dengan cabaran yang menanti. Ia getir, tetapi semua harus dipersiapkan untuk menentang mereka.

“(Jurgen) Klopp (pengurus Liverpool) pula adalah jurulatih yang bagus, seseorang yang di­senangi oleh media dan pasukan lain,” kata Salihamidzic.

Dalam perkembangan lain, musuh ketat Reds, Manchester United buat kali pertama akan menentang juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), pasukan yang me­langkah ke peringkat kalah mati selaku juara C dengan dua mata mengatasi Liverpool.

Manchester City dan Tottenham pula senasib dengan Liverpool setelah mereka bakal berdepan  Schalke 04 dan Borussia Dortmund.

Gergasi bola sepak Sepanyol, Barcelona akan bertemu Lyon manakala juara bertahan, Real Madrid menemui jalan mudah untuk mempertahankan gelaran apabila diundi menentang Ajax Amsterdam.

Turut menjadi tumpuan pertembungan juara Itali, Juventus dan Atletico Madrid, yang hanya pernah bertemu dua kali dalam sejarah Liga Juara-Juara.

Sevilla, yang kini menghuni tangga kedua La Liga bakal berdepan tentangan Lazio.- AFP