Connect with:




Adakah kita akan dapat melihat Zlatan Ibrahimovic beraksi di Piala Dunia 2018?

Itulah persoalan yang bermain di minda orang ramai apabila bintang Sweden itu mengatakan akan beraksi kembali daripada persaraan untuk bermain di Russia.

Dia memberi bayangan bahawa akan membuat kemunculan dalam Piala Dunia selepas tampil dalam satu rancangan televisyen, semalam

Dalam kemunculannya di rancangan televisyen lewat malam ABC berama Jimmy Kimmel, Zlatan ditanya tentang status beliau untuk bertanding di Piala Dunia.

Dia bagaimanapun memberi jawapan yang berkias namun pada masa yang sama menunjjukan gambaran untuk bertanding di Russia nanti.

Bekas penyerang itu turut berkata “Ia bukanlah Piala Dunia” jika dia tidak bermain.

Dalam pada itu, pemain LA Galaxy yang berusia 36 tahun itu masih samar-samar bercerita tentang keinginannya bermain di Piala Dunia untuk Sweden dengan pasukan itu layak ke final buat kali pertama dalam 12 tahun apabila menewaskan Itali dalam pusingan penentuan.

“Saya akan pergi ke Piala Dunia di Rusia nanti. Namun, saya tidak akan bercerita lebih megenainya,” kata penyerang LA Galaxy itu.

Apabila ditanya sama ada dia akan pergi selaku pemain atau dalam kapasiti yang lain, Ibrahimovic bagaimanapun keberatan untuk menjelaskannya.

.Jika saya bercerita lebih, orang akan mengancam saya, jadi saya harus berhati-hati dengan apa yang saya katakan buat sekarang,” kata Zlatan.

“Apa yang saya boleh katakan, tanpa saya tidak bermakna Piala Dunia itu.”

Sementara itu, kali terakhir dia bermain mewakili Sweden di Piala Dunia pada 2006 sebelum mengumumkan persaraannya dari kejohanan antarabangsa selepas berakhir Kejuaraan Eropah 2016.

Beliau berkata pada bulan lalu dia mahu memberi tumpuan dalam kariernya bersama Major League Soccer sebelum berfikir mengenai Piala Dunia.

Kita mungkin tidak tahu jika dia benar-benar mahu mewakili pasukan Sweden di Rusia teapi jika mereka sedang mencari seorang pemain yang terbukti keupayaan dan kehebatannya di padang, Zlatan Ibrahimovic mampu menjadi pemain paling bernilai untuk mengemudi pasukannya itu.


Anda nak menonton perlawanan Piala Dunia Rusia secara live Jun nanti? Jom join peraduan DS Terjah Rusia dari kami!

Info lanjut jom ke laman sosial media kami!

Foto Kredit: Sport Ilustrated