Connect with:




Wakil tunggal negara, Liew Daren yang mempamerkan aksi cemerlang meraih gangsa sejurus mara ke separuh akhr kejohanan Dunia minggu lalu memberi bayangan kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menyenaraikannya ke dalam skuad Sukan Asia 2018.

Dalam pada itu, Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, perkara itu masih dalam pertimbangan dan harus dibincangkan terlebih dahulu serta memerlukan masa beberapa hari lagi sebelum membuat kata putus mengenainya.

“Memandangkan dia hanya seorang pemain bebas yang tidak berada di bawah BAM, sememangnya kami bangga dengan pencapai Darren.

“Kami berbincang terlebih dahulu dengan Setiausaha Kehormat, Datuk Ng Chin Chai, Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM bersedia mempertimbangkan Daren ke Sukan Asia seterusnya menyokong dan memperkembangkan kariernya.

“Namun kami perlukan masa beberapa hari lagi untuk mengambil kira semua faktor termsuk pemain yang digantikan Daren nanti,” ujarnya.

Memetik Utusan, Norza turut mengulas lanjut tentang bayangan kemungkinan dua pemain muda yang bakal bagi memberi ruang kepada Daren iaitu Cheam Juine Wei atau Soong Joo Ven.