Connect with:




 

Kelab bolasepak Batu Dua FC telah menafikan dakwaan bekas pemain import mereka, Ljuba Baranin seperti yang didakwa pemain tersebut.

Dalam satu kenyataan beserta gambar di lama facebook kelab, Batu Dua menyatakan mereka telah selesai membayar gaji Ljuba sebanyak RM 115000 serta surat pelepasan.

Kami menafikan isu tidak menjaga kebajikan ljuba dan masalah lain.. kami sudah selesai membayar gaji rm11.500 dan beri…

Posted by Batu Dua Football Club – B2FC on Khamis, 20 Jun 2019

Batu Dua juga mendakwa Ljuba membuat kenyataan tersebut kerana tidak disambungkan kontrak untuk baki musim ini.

Semalam, Ljuba telah meluahkan kekecewaan terhadap pengurusan pasukan Batu Dua yang tidak bersifat profesional termasuk tidak menjaga kebajikan serta tidak membayar gaji.

Ljuba sebelum ini pernah beraksi bersama Kuantan FA selama dua tahun sebelum menyertai Batu Dua musim ini untuk dalam saingan Liga M3.