Connect with:




Pemain Australia, Ashleigh Barty melangkah ke final WTA terbesar buatnya dengan meneruskan prestasi cemerlang di Terbuka Miami apabila merakam kejayaan 6-3, 6-3 ke atas pemain Estonia, Anett Kontaveit.

Pertemuan pertama antara kedua-dua pemain itu terbantut akibat hujan berpanjangan selama lebih empat jam, yang juga tempoh terpanjang sepanjang kejohanan berlangsung.

Apabila perlawanan dimulakan, Barty bagaimanapun dapat mengekalkan ketenangan untuk menundukkan Kontaveit.

Pemain berusia 22 tahun itu juga akan menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dunia apabila ranking baru dikeluarkan selepas menewaskan lawannya dalam tempoh 77 minit pada pertemuan separuh akhir hari ini.

Barty tidak sabar untuk menjulang WTA Premier Mandatory yang pertama buatnya. Namun dia perlu melepasi lawan terakhirnya, Kirolina Pliskova dari Republik Czech yang melangkah ke final dengan kemenangan ke atas Simona Halep 7-5, 6-1.

Sementara itu, untuk kategori lelaki, Roger Federer mudah ke separuh akhir selepas menyingkirkan Kevin Anderson dengan 6-0, 6-4 dan akan menentang Denis Shapovalov. Satu lagi aksi separuh akhir akan menemukan John Isner dengan Felix Auger Aliassime.

Foto : DNA India