Barcelona Kempunan Buat Kali kedua

Liverpool lagi sekali menolak tawaran daripada Barcelona yang ingin memiliki pemain tengah yang berpengaruh Philippe Coutinho bernilai 100 juta euro (RM504 juta), kata media British, awal pagi tadi.

Barcelona terdesak untuk memiliki pemain yang berusia 25 tahun dari Brazil itu bagi menggantikan rakan senegara, Neymar yang dijual dengan rekod dunia 222 juta euro (RM1.12 bilion) ke Paris Saint Germain minggu lalu.

BBC melaporkan bahawa Liverpool sekali lagi memberitahu Barcelona bahawa Coutinho yang ditandatagani dari Inter Milan pada 2013, bukanlah untuk dijual.

“Liverpool memberitahu Barca mereka tidak mahu melayan kembali tawaran yang ketiga  dan menegaskaan Coutinho tidak akan menjadi pengganti Neymer di Camp Nour, “lapor akhbar Echo.

Barcelona yakin dengan pemain antarabangsa Brazil itu mempunyai kemampuan yang besar bukan sahaja mampu menggantikan Neymar di samping Lionel Messi dan Luiz Suarez dalam barisan tiga penggempur, tetapi juga memberikan sokongan terhadap Andres Iniesta selaku Kapten di barisan tengah.

Jika Barcelona gagal untuk membawa Coutinho ke Sepanyol mereka akan memberi tumpuan kepada bintang Perancis Ousmane Dembele dari Borussia Dortmund.

Dembele, 20, yang terbabit dalam pergaduhan dengan penjaga gol Dortmund, Roman Burki minggu lalu menyatakan hasratnya untuk bermain bersama Barcelona.

Foto Kredit: www.mirror.co.uk