Skuad kendalian Ernesto Valvere berjaya bangkit di halaman sendiri apabila berjaya menewaskan Espanyol secara agregat 2-1 dan berjaya layak ke separuh akhir Copa del Rey semalam.

Pada pertemuan pertama, Barcelona tewas 1-0 kepada Espanyol dan dalam aksi timbal balik yang diadakan di Stadium Nou Camp, Barcelona, Luis Suarez dan Lionel Messi menjadi wira apabila berjaya menjaringkan dua gol awal di separuh masa pertama sekali gus menamatkan cabaran Espanyol.

Dalam perlawanan itu juga, Philippe Coutinho memulakan debut pertama beliau apabila masuk pada minit ke-68 menggantikan Andres Iniesta.

Berlainan pula nasib yang dialami Real Madrid apabila mereka tewas kepada Leganes berdasarkan peraturan tempat gol setelah keputusan terikat 2-2.

Kini nasib Zidedine Zidane selaku ketua jurulatih Real Madrid menjadi tanda tanya apakah beliau akan terus membawa Real Madrid atau akan ada pengganti baru pada masa akan datang.

Atlectico Madrid juga mengalami nasib yang sama apabila terkeluar dari saingan Copa del Rey apabila tewas kepada Sevilla 5-2  secara agregat.

Foto Kredit : FC Barcelona