Connect with:




Barcelona dianggap sebagai berat sebelah apabila dikatakan skuad bola sepak wanita terpaksa terbang dengan kelas ekonomi sebaliknya skuad lelaki terbang dengan kelas perniagaan pada pesawat yang sama.

Jelajah Barcelona itu dihujani kontroversi selepas pasukan itu memuat gambar dan video dua pasukan menaiki pesawat ke Portland, Amerika Syarikat bersama-sama namun gambar dimuat naik pemain wanita menunjukkan mereka berada di kelas ekonomi.

Skuad lelaki yang duduk di penerbangan kelas perniagaan. Kredit:Twitter

Hal ini sekaligus menimbukan kekecohan di media sosial yang menganggap mereka diskriminasi kepada golongan wanita.

Jurucakap Barcelona, Josep Vives bagaimanapun memnjelaskan sebab kukuh kenapa mereka terpaksa duduk berasingan dalam pesawat yang sama.

Skuad Wanita dilihat duduk dalam kelas ekonomi. kredit: Twitter

“Kami kesal kerana kontroversi yang berlaku atas sebab isu yang remeh. Sudah pasti kami akan menempah penerbangan kelas pertama untuk semua anggota pasukan.

“Pada awalnya kami tidak menjangkakan pasukan wanita akan berada dalam jelajah itu. Mereka ingin menyertai penerbangan itu pada saat akhir yang mana kelab ini sudah pun menempah penerbangan khas dan tempat duduk kelas perniagaan kepada penumpang lelaki.

“Kerusi tidak cukup untuk pemain wanita. Mereka ‘travel’ dalam keadaan yang selesa. Dalam penerbangan dalaman, semua akan dapat terbang di kelas pertama,” katanya.

Akhbar harian Marca melaporkan hanya ada 36 tempat duduk di bahagian depan pesawat itu dan setiap pemain wanita menempah tiga tempat duduk untuk keselesaan.

Foto Kredit: FC Barcelona