Persatuan Bolasepak (FA) England memulakan langkah dalam menggunakan Video bantuan pengadil (VAR) buat kali pertama dalam kancah bola sepak Inggeris khususnya Piala FA musim ini.

Teknologi yang digunakan hanya untuk mengatasi insiden tertentu dalam tiga situasi iaitu gol di atas garisan, keputusan pemberian penalti dan kekasaran yang mengakibatkan layangan kad merah atau kuning kepada pemain.

VAR secara automatik akan menyemak setiap insiden berkaitan dan akan membantu pengadil dalam membuat sesuatu keputusan secara lebih tepat.

Pengadil kemudiannya mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan asal berdasarkan maklumat yang disediakan oleh VAR atau menonton semula ulang tayang insiden di tepi padang.

Perlawanan pusingan ketiga antara Brighton dan Crystal Palace pada 8 Januari dipilih bagi percubaan sulung bagi teknologi ini. – AFP

Berikut merupakan beberapa teknologi yang digunakan dalam arena bola sepak antarabangsa :

Sistem GLT Cairos

Ia adalah satu teknologi yang dibangunkan oleh Adidas, dimana ada cip ‘sensor’ di pasang di dalam bola. Ia berbeza dengan GoalControl dan Hawk-Eye yang menggunakan kamera berkelajuan tinggi.

Sensor yang dipasang di dalam bola ini akan mengesan medan magnet yang dihasilkan oleh wayar nipis yang dipasang di bawah kotak penalti.

GoalControl

Foto Kredit :GoalControl-4D

Ia adalah teknologi daripada Jerman yang menggunakan 14 kamera berkelajuan tinggi yang dipasang di semua penjuru stadium. Setiap 7 kamera akan fokus kepada setiap 1 permukaan gol.

GoalControl telah menjadi pilihan utama FIFA dalam implementasi GLT. Ujian pertama dilakukan pada Piala Konfederasi FIFA 2013.

Pada Piala Dunia 2014, GoalControl turut menjadi pilihan FIFA.

Hawk-Eye

Ini adalah teknologi yang paling popular dalam GLT. Ini mungkin kerana ia menjadi teknologi GLT pertama yang digunakan secara meluas dalam EPL musim 2013/14; liga Eropah pertama yang menggunakan GLT.

Ia mirip dengan sistem GoalControl. Hawk-eye menggunakan kamera berkelajuan tinggi dengan 7 kamera khas dipasang untuk fokus kepada 1 garisan gol.

Hawk-Eye dan GoalControl masing-masing bole menghasilkan keputusan yang tepat walaupun sudut padangan beberapa kamera mereka terhalang.

 

GoalRef

Foto Kredit : FIFA.com

Digunakan untuk kali pertama pada Piala Dunia Kelab FIFA 2012. Teknologi dari Jerman ini menggunakan prinsip asas induksi magnet.

Medan magnet yang dihasilkan sekitar lingkaran tiang gol akan bertindak balas terhadap gerakan bola yang dipasang dengan litar elektronik pasif, melepasi kawasan gol.

GoalMinder

Ia mirip dengan GoalRef cuma ia menggunakan kamera berkelajuan tinggi yang dipasan di sekitar tiang gol. Ia akan menghantar rakaman tersebut kepada pengadil dan membiarkan pengadil membuat keputusan.

 

Foto Kredit : FIFA.com