“Setiap Ahad, mereka(pengadil) mengadili di 11,000 padang permainan secara percuma dengan keadaan cuaca sejuk dan bersalji. Kita ada lebih kurang 35 000 pengadil di itali dan tahun ini sahaja, tugas 300 pengadil muda berakhir di hospital,”

Kes terbaharu menyaksikan seorang pengadil muda, Riccardo Bernardini, 24, mengalami kecederaan di kepala selepas mengadili satu perlawanan liga  Liga Amatur Itali antara Virtus Olympia dan Atletico Terranova yang berakhir dengan layangan dua kad merah dan gol kontroversi dalam masa kecederaan pada Ahad lalu.

Dalam pada itu, Persatuan Pengadil Itali (AIA) turut mengesahkan, ini merupakan serangan kali kelapan telah berlaku sejak musim baharu membuka tirai beberapa minggu lalu sekaligus mereka membuat keputusan untuk memboikot perlawanan amatur sebagai protes. – AFP

Foto: Telegraph