Connect with:




Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini telah menggugurkan 7 pemain dari pasukan kebangsaan selepas membuat rombakan hasil penstrukturan semula Projek 24.

Projek 24 merupakan program jangka masa panjang BAM dalam merealisasikan matlamat meraih emas Olimpik pada Sukan Olimpik 2024 serta layak ke final Piala Thomas pada tahun yang sama.

7 pemain yang digugurkan itu merangkumi tiga pemain perseorangan iaitu Soong Joo Ven, Tan Jia Wei,Muhammad Ziyad Md Tah serta dua pasangan beregu Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan Lim Pei Yee-Lim Chiew Sien.

Laporan Berita Harian menyebut, keputusan dibuat berdasarkan KPI yang ditetapkan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) kepada semua pemain di bawah program Projek 24 pada September.

BAM bagaimanapun menyatakan pintu untuk kembali ke pangkuan pasukan negara tidak tertutup buat pemain-pemain tersebut dimana jika mereka mampu menampilkan peningkatan, mereka akan dipertimbangkan untuk kembali bersama skuad kebangsaan.