Susulan Zulfadli Zulkiffli didapati melakukan kesalahan mengatur perlawanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak akan membantu membayar denda pemain professional itu.
Menurut Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria memberitahu mereka hanya akan membantu Zulfadli melibatkan proses rayuan pengurangan dari segi penggantungan selama 20 tahun.
Dalam pada itu, Zulfadli sudah pun menghantar rayuan secara rasmi tentang permohonan bantuan kewangan daripada BAM memandangkan dia tidak mampu untuk melunaskan denda berjumlah US$25,000 (RM98,000).
“BAM akan menghantar wakil untuk meneliti proses rayuan itu bagi memastikan bekas juara remaja dunia mendapat pengadilan yang sewajarnya.
Laporan BWF menyatakan perbualan menerusi aplikasi WhatsApp sepanjang tempoh 15 bulan antara 27 September 2013 hingga 12 Disember 2014 yang kebanyakannya dalam bahasa Malaysia diambil daripada telefon bimbit kedua-dua pemain itu.
Bagaimanapun, Zulfadli menerusi sidang medianya menuduh BWF cuba menganiayai dirinya tanpa mengemukakan bukti kukuh.