Connect with:




Kesabaran beberapa pemain badminton professional semakin memuncak apabila ada antara mereka yang masih belum menerima hadiah wang tunai daripada pelbagai kejohanan sejak Januari lalu.

Difahamkan, mereka sudah menunggu dalam tempoh yang paling lama dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tatkala sebelum ini tempoh bagi penerimaan hadiah hanya dalam masa tiga atau empat bulan sahaja.

Menurut NSTP Sport, pemain yang sememangnya bergantung kepada duit untuk perbelanjaan kejohanan meluahkan rasa kecewa.

“Kami faham hadiah wang tunai berkenaan diperoleh dari BWF (Badminton World Federation), tetapi kebiasaannya, mereka hanya mengambil masa sebulan atau lebih untuk memindahkan wang tersebut kepada badan induk nasional.

Sementara itu, selain daripada menaiki podium, pemain yang mara ke pusingan 16 dalam kejohanan itu juga dapat memperoleh hadiah tersebut.

Foto Kredit: clubsatrivercity