Connect with:




Penyerang Olympique de Marseille, Mario Balotelli meraikan jaringannya menggunakan Instagram selepas pasukannya menewaskan Saint-Etienne 2-0.

Balotelli telah membuka jaringan untuk Marseille dengan aksi akrobatik pada minit ke-12 perlawanan. Pemain kebangsaan Itali itu kemudiannya berlari ke belakang gol untuk mencapai iPhone dan meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya yang lain.

Balotelli memang terkenal dengan aksi luar biasa ketika meraikan gol. Sebelum ini dia pernah meraikan gol dengan mengangkat jersinya dan tertera tulisan ‘Why Always Me’ ketika di Manchester City.

Dia yang sebelum ini telah menjaringkan 43 gol untuk Nice antara tahun 2016 hingga 2019 sebelum berpindah ke Marseille, Balotelli dilihat berada dalam pretasi yang sangat baik sebagai seorang penyerang.

Kini Balotelli telah menjaringkan empat gol dalam enam perlawanan pertamanya untuk Marseille dan dilihat menikmati bola sepak di bawah pengurus baru, Rudi Garcia.

Marseille mengharapkan lebih banyak jaringan daripada Balotelli musim ini untuk mengejar slot ke Liga Juara-Juara. Marseille kini berada di tangga keempat liga di belakang Paris Saint Germain (PSG), Lille dan Olympique Lyonnais dengan 44 mata, lima mata membezakan mereka untuk slot Liga Juara-Juara.

Marseille akan bertemu bekas kelab Balotelli, Nice pada 10 Mac sebelum bertemu dengan juara bertahan, PSG pada 17 Mac. – Goal.com

Foto : Reuters