Connect with:




Penyerang Nice, Mario Balotelli sekali lagi menjadi mangsa perkauman oleh peyokong bola sepak apabila terbaru, mendakwa mendengar ejekan ‘monyet’ ketika kekalahan di Dijon, Sabtu lalu.

Badan bola sepak Perancis (LFP), akan menyiasat aduan berkenaan dan akan diteliti oleh jawatankuasa disiplin Khamis ini dan menambah mereka belum mempunyai sebarang bukti setakat ini.

Balotelli dilayangkan kad kuning kerana menujukkan kemarahannya kepada penyokong dan kemudian memberitahu pengadil yang dia menjadi mangsa ejekan berbaur perkauman.

Nice selepas itu memuat naik mesej di Twitter ketika perlawanan mengatakan Balotelli ‘dilayangkan kad kuning selepas menerima ejekan berbaur perkauman oleh penyokong’.

Ini bukan kali pertama Balotelli menjadi mangsa ejekan berbaur perkauman.

Musim lalu Bastia dikenakan denda pemotongan satu mata dan pengosongan tempat duduk untuk tiga perlawanan oleh Liga Perancis.

Balotelli juga menjadi mangsa ketika dia bermain untuk Inter Milan dan AC Milan di tanah airnya.

Ketika Euro 2012, UEFA menghukum persatuan bola sepak Croatia dan menyiasat Sepanyol berikutan ejekan perkauman yang ditujukan penyokong kepada Balotelli.

Pada tahun 2004, polis British menyiasat ejekan di Twitter terhadap Balotelli yang pernah bermain untuk Manchester City dan Liverpool. -AFP

Foto Kredit :thesun(dot)co(dot)uk