Ketiadaan Gareth Bale digunakan sepenuhnya oleh pasukan Ireland apabila membenam Wales 1-0 dalam saingan Piala Dunia awal pagi semalam.

Kecederaan yang dialami Gareth Bale dan Joe Allen telah menyebabkan bahagian tengah Wales goyah kerana tiada tonggak yang menggerakkan bahagian itu.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cardiff city,Cardif semalam menyaksikan kempen Wales dalam kelayakan untuk Piala Dunia telah berakhir.

Wales yang hadir dan bermain bersama skuad yang mantap namun mereka tidak dapat mengakhiri penantian 59 tahun ke kejohanan berprestij itu.

Pengendali Wales, Chris Coleman tidak dapat menerima kenyataan dan menganggap nasib tidak menyebelahi mereka semalam.

Coleman menyifatkan peluang buat pemain Wales masih terbuka untuk Piala Dunia lima tahun lagi.

Saingan Kumpulan D menyaksikan Serbia (juara kumpulan), Ireland(kedua) dan Wales di tempat ketiga.

Foto Kredit: Twitter (FAWales)