Connect with:




Bintang Real Madrid, Gareth Bale, mengakui beliau terkejut kerana gagal memenangi Anugerah Puskas FIFA untuk gol terbaik sepanjang tahun meskipun telah melakukan gaya sepakan akrobatik yang menarik pada final Liga Juara-Juara 2018.

Melihat kepada teknik yang dipamerkan Bale serta suasana dan tekanan di dalam stadium sewaktu itu, ramai yang meramalkan beliau tiada masalah untuk membawa pulang trofi itu.

Bekas rakan sepasukannya di Real Madrid,Cristiano Ronaldo turut tercalon dengan gaya sama dilakukan ketika bertemu kelabnya ketika ini, Juventus namun sebaliknya terjadi apabila bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah yang berjaya membawa pulang trofi berkenaan menerusi jaringannya ketika bertemu Everton.

Bale ketika ditanya mengenai perkara itu tanpa berselindung mengakui bahawa beliau terkejut kerana gol bergayanya gagal memenangi anugerah itu.

“Ya, sejujurnya saya terkejut.Apa yang boleh saya katakana ? Ia menjadikan anugerah itu hilang seri meskipun ia dilakukan oleh Salah,” ujarnya.

Aksi menggelecek melepasi tiga pertahanan Everton sebelum merembat cantik ke gawang lawan memastikan Salah menerima anugerah berkenaan pada September lalu.

Bale yang bangkit dari bangku simpanan pada final Liga Juara-Juara di saat kedudukan terikat 1-1 berjaya meledak dua gol untuk memastikan Real Madrid mempertahankan gelaran.

Selain Bale dan Salah, Benjamin Pavard turut tercalon bagi gol yang dijaringkan ketika bertemu Argentina di Piala Dunia 2018, diikuti gerakan solo Lionel Messi ketika bertemu Nigeria dan rembatan cantik Ricardo Quaresma ketika bertemu Iran turut tercalon untuk Anugerah Puskas 2018.

 

Foto : AFP