Connect with:




Gara-gara kelakuan provokasi melampau terhadap penyokong pasukan tuan rumah, Gareth Bale berkemungkinan berdepan risiko pergantungan bagi aksi Clasico menentang Barcelona.

Ketika aksi pertemuan bersama Atletico Madrid, Bale yang masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua dikatakan ‘megejek’ penyokong Atletico Madrid ketika meraikan jaringannya yang ketiga sekaligus memastikan kemenangan mutlak Real Madrid 3-1 dalam perlawanan ‘Derby’ hujung minggu lalu.

Selain melakukan provokasi berlebihan, Badan pengelola La Liga juga turut menegaskan Bale mempamerkan isyarat yang dilihat tidak senonoh terhadap penyokong lawan yang berlangsung di Wanda Metropolitano.

Dalam satu kenyataan, badan induk itu memberitahu mereka akan merujuk kes tersebut kepada Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Sepanyol, yang kemudiannya akan memutuskan sama ada pemain Wales itu patut dihukum atau sebaliknya.

Isyarat yang digayakan Gareth Bale ini dianggap kurang ajar dan tidak senonoh.

Jika pemain Wales itu didapati bersalah sengaja melakukan isyarat yang dianggap kurang ajar, menurut peraturan Persekutuan Bolasepak Sepanyol dia berdepan risiko digantung antara empat hingga 12 perlawanan, namun penggantungan lebih pendek antara satu hingga tiga perlawanan dijangka.

Dalam perkembangan sama, Bale bukan satu-satunya pemain Real Madrid yang kmenimbulkan kontroversi, Sergio Ramos juga kini dalam siasatan selepas dia mengakui dirinya sengaja menerima kad kuning semasa perlawanan menentang Ajax dalam pelrlawanan Liga Juara-Juara, Rabu lalu.

Foto: EPA