Perancis: Blaise Matuidi menganggap bintang muda Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe mampu untuk menyaingi bintang bolasepak Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dalam memenangi Ballon d’Or.

Matuidi merupakan rakan sepasukan Mbappe bagi pasukan Perancis menyatakan Mbappe mempunyai masa depan yang amat cerah.

Hal ini kerana, usaha dan kerja keras yang dilakukan Mbappe mampu menjadi salah seorang finalis bagi Ballon d’Or.

Matuidi sebelum ini tidak mempunyai peluang untuk mendekati dan berlatih bersama Mbappe atas sebab pada peringkat kelab dia bermain untuk Juventus manakala Mbappe bermain untuk PSG.
Hanya dengan kempen menjelang aksi final kelayakan Piala Dunia, Matuidi dapat melihat sendiri prestasi Mbappe dengan lebih dekat menerusi skuad kebangsaan di Clairefontaine.

Matuidi mengibaratkan Mbappe sebagai seorang yang bijaksana dalam permainan dan mampu mencipta sejarah buat pasukan Perancis dan dia tidak akan mensia-siakan peluang untuk bermain bersama bintang muda itu.

Malah, bakat Mbappe ada usia muda harus dikekalkan kerana apa yang dilakukannya pada usia itu amat menggagumkan Matuidi yang kini berusia 30 tahun itu. – AFP

Foto Kredit:KMbappe