Pelumba muda kian menyinar, Kasma Daniel Kasmayudin diberi jalan mudah apabila menerima wild card bagi saingan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2017, yang akan berlangsung akhir bulan ini.

Kejohanan ini bakal berlangsung pada 27 hingga 29 Oktober 2017 di Sepang.

Pelumba yang berusia 17 tahun itu yang kini berada dalam kumpulan Petronas Yamaha Maju Motor mampu menimba pengalaman dalam kejohanan ini.

Kasma Daniel yang merupakan pelumba tempatan, hebat diperkatakan dalam Kejohanan Cub Prix dan Kejohanan Road Racing Asia (ARRC).

Platform kategori Moto3 dalam MotoGP dapat mengembangkan bakatnya berlumba dengan pelumba luar.

Hal ini juga membantunya menaikkan nama Malaysia dalam sukan permotoran dunia.

Namun, tugas berat buat atlet muda ini apabila kejohanan tempatan tidak semudah kejohanan dunia.- Bernama

Foto Kredit: Facebook ( Kasma Daniel)
( Maju Motor Racing Team )