Pertembungan di antara pasukan gergasi Asia Barat, Bahrain dengan pasukan gergasi Asia Tenggara, Malaysia berlangsung dengan sengit apabila kedua-dua pasukan ingin mencari mata kemenangan yang pertama bagi menghidupkan peluang negara masing-masing untuk layak ke Sukan Olimpik 2012. Misi “hidup atau mati” ini telah dimenangi oleh pasukan Bahrain dengan kemenangan 3-2 hasil sumbangan gol daripada Isa Ahmed dan Saad Sazah, manakala jaringan gol pasukan Malaysia disumbangkan oleh pemain muda, Nazmi Faiz dan pemain pertahanan, Mahali Jasuli.

Perlawanan bermula dengan rentak perlawanan yang pantas dengan kedua-dua pasukan memperagakan aksi yang kemas, terutamanya pasukan Malaysia dalam cubaan untuk merobek gawang gol pasukan Bahrain pada babak awal permainan. Walau bagaimanapun, Bahrain hampir membuka tirai jaringan gol yang pertama hasil gerakan solo yang gagal disudahkan penyerang Bahrain, Sami Mohamed.

Beberapa minit kemudian, Bahrain terus mengasak pintu gol Malaysia dengan percubaan jarak jauh tetapi semua rembatan tersebut menjurus tepat ke dakapan penjaga gol, Khairul Fahmi. Tepat pada minit ke 31, pemain muda sensasi negara, Nazmi Faiz berjaya membuka tirai jaringan
hasil sepakan lencong dari jarak 25 meter yang tepat menerjah masuk ke dalam pintu gol Bahrain. Sepakan lencong yang berjaya menewaskan penjaga gol, Ashraf Waheed itu terus menggamatkan suasana di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang dihadiri oleh hampir 30 ribu penonton.

Pada minit ke 40, pasukan Harimau Muda hampir berjaya menambahkan jumlah jaringan menerusi bola lorongan Irfan Fazail yang menemui kaki Thamil Arasu, walau bagaimanapun Thamil Arasu berada di dalam posisi ofsaid. Thamil diberikan kad kuning kerana tidak menghiraukan tiupan wisel pengadil perlawanan.

Pada separuh masa kedua, permainan sekali lagi bermula dengan rentak yang pantas, dengan kedua-dua pasukan melakukan asakan terhadap kubu lawan. Perlawanan menjadi sedikit tegang apabila pemain Bahrain, asdasdsad dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain tengah Malaysia, Affize Faisal. Pasukan Malaysia tampak lebih yakin dengan kawalan bola yang baik serta hantaran-hantaran yang menemui sasaran.

Pada minit ke 65, Malaysia berjaya menambahkan jaringan gol hasil usaha pemain pertahanan, Mahali Jasuli yang bijak mencuri peluang di atas kekalutan yang timbul di dalam kotak penalti pasukan Bahrain. Tersentak dengan jaringan itu, pasukan Bahrain menggandakan asakan selepas itu dengan gerakan yang lebih tersusun serta lebih agresif. Namun, pertahanan pasukan Malaysia yang dipimpin oleh Fadhli Shas telah mempamerkan aksi yang berdisiplin apabila berjaya memintas gerakan-gerakan tersebut apabila bola berada di kawasan kotak penalti negara.

Penantian pasukan Bahrain akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berjaya merapatkan jurang pada minit 82 menerusi sepakan gunting yang dilakukan oleh pemain gantian, Saad Sazah. Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi tidak mampu berbuat apa-apa kerana sepakan gunting yang dilakukan telah terkena palang sebelum masuk menerjah jaring. Pasukan Bahrain sekali lagi berjaya menjaringkan gol hasil tendangan percuma Isa Ahmed pada minit ke 86, sekaligus berjaya mengikat kedudukan 2-2. Isa Ahmed sekali lagi muncul sebagai wira pasukan Bahrain apabila berjaya menyepak masuk bola muntah yang dikeluarkan penjaga gol, Khairul Fahmi. Bola hantaran yang bermula dari sayap kanan
Bahrain gagal ditangkap kemas oleh Khairul Fahmi itu berjaya ditendang masuk oleh Isa Ahmed pada minit ke 87, sekaligus meletakkan pasukan Bahrain di hadapan dengan jaringan 2-3.

Kealpaan benteng pertahanan negara akhirnya telah merugikan kelebihan 2 gol di hadapan yang telah diraih pada awal permainan, sekaligus tewas kepada pasukan Bahrain di kandang sendiri.

Perlawanan yang berkesudahan 2-3 berpihak kepada Bahrain ini telah mencatatkan 1 kutipan kad merah dan 3 kutipan kad kuning oleh pasukan Bahrain, dan 2 kutipan kad kuning oleh pasukan Malaysia. Pemain terbaik perlawanan telah dimenangi oleh pemain gantian Bahrain, Isa Ahmed. Peluang pasukan Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik 2012 boleh dikatakan sukar setelah tewas pada perlawanan ini. Pasukan lain yang meneruskan perjuangan di dalam kumpulan ini ialah Jepun, Syria, dan Bahrain, bagi memburu slot ke Sukan Olimpik.