Pemain perseorangan remaja kebangsaan, Leong Jun Hao berharap agar penyokong badminton negara memberi sokongan padu terhadap pasukan badminton Malaysia dalam kelayakan Piala Thomas di Kejohanan Berpasukan Asia di Alor Setar, Kedah.

 

Dia menyeru, para penyokong tidak melemahkan semangat mereka bagi menghadapi perlawanan kelayakan tersebut kerana ia sedikit sebanyak memberi impak dalam permainan seseorang pemain itu.

 

Dia turut mengeluarkan hasrat dengan memberi kepercayaan yang sepenuhnya kepada barisan pemain muda untuk menunjukkan kekuatan yang mereka perolehi.

 

Beberapa hari yang lepas, bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim runsing akan risiko yang dihadapi oleh skuad badminton negara gagal untuk beraksi dalam Piala Thomas 2018 di Bangkok.

 

Padangan dilihat dari sudut kekuatan yang dimiliki oleh barisan pemain yang ada tidak seimbang dan melihat pemain muda masih tidak bersedia untuk menggalas tugas di pentas yang besar itu.

 

Roslin juga berharap agar pemain muda dapat menunjukkan sesuatu yang positif dan menerapkan semangat berjuang dalam setiap perlawanan.

 

Foto: BWF