Connect with:




Pembinaan stadium atau venue sememangnya menelan belanja jutaan ringgit demi mempersembakan ciri-ciri rekabentuk unik, teknologi moden dan sebagainya. Penyelenggaran yang mantap juga tidak boleh dilupakan. Jangan hanya luaran sahaja kelihatan indah tetapi tumpuan utamanya iaitu padang atau gelanggang tidak dipersiapkan sebaiknya.

Kadang kala kita dapat melihat bagaimana padang bola sepak yang menjadi venue perlawanan-perlawanan liga utama termasuk di Malaysia berada dalam keadaan yang mneyedihkan. Situasi ini mengundang bahaya buat pemain malah merencatkan permainanan.

Maka disitu dapat dilihat betapa pentingnya penjagaan padang. Tidak kira apa jenis sukan sekalipun, penjagaan dan penyyelenggaran padang adalah perkara yang perlu diberi penekanan bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Kriket tidak terkecuali. Mengendalikan penyelenggaraan padang kriket bukan perkara yang mudah. Permukaan padang memainkan peranan penting terhadap aksi pemain. Malah, padang kriket yang tidak diurus dengan baik pastinya menyekat selera penonton untuk menyaksikan sukan ini.

Kredit harus diberikan kepada Persatuan Kriket Malaysia (MCA). MCA ketika ini menggalas tanggungjawab dalam menguruskan tiga venue kriket utama di dalam negara iaitu Kinrara Oval, UKM Oval dan Royal Selangor Club.

Jika anda biasa hadir ke Kinrara Oval, anda dapat melihat bagaimana kehijauan padang yang cukup mengasyikkan. Padang di Kinrara Oval boleh disifatkan padang bertaraf 5 bintang, sesuai untuk aksi kriket antarabangsa.

Ia diakui sendiri oleh ketua pasukan kriket India, Harmanpreet Kaur yang beraksi di sini baru-baru ini sempena Kriket Piala Asia di Malaysia.

“Saya sangat kagum dengan kemudahan yang ada di Kinrara. Lihat sahaja pada aksi final, ribuan penyokong hadir menyaksikan satu perlawanan kriket yang cukup sengit dan dramatik.

“Tanpa padang yang baik, aksi sebegini tidak mungkin dapat disaksikan penonton. Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada penganjur kerana menyediakan segala-galanya dengan rapi” kata Harmanpreet.

PENJAGAAN CUKUP RAPI

Bagi mengetahui bagaimana MCA mampu menjadikan padang kriket Kinrara Oval menjadi satu venue kriket yang bertaraf dunia, Dunia Sukan menemubual S.Dinesh Muthumaran, Pengurus Besar bahagian operasi Persatuan Kriket Malaysia. Dinesh memberitahu MCA sangat menitikberatkan penjagaan semua padang dan venue dibawah pengurusan mereka.

Tambah Dinesh, kualiti padang bergantung kepada bagaimana cara ia diselenggara.

“Setiap 45 hari, kami akan membaja padang. Kami turut membuat siraman air secara berterusan sebanyak 3 kali setiap hari.

“Potongan rumput juga tidak boleh diabaikan. Kami akan sentiasa memastikan rumput di Kinrara Oval berada dalam ketinggian sekitar 8 hingga 10 milimeter sahaja. Potongan sebegini mencantikkan lagi keadaan padang terutamanya jika terdapat siaran langsung di kaca televisyen.

TANAH, RUMPUT BERKUALITI

Faktor lain yang menyumbang terhadap keindahan dan kesempurnaan Kinrara Oval adalah kualiti tanah dan rumput yang digunakan.

MCA menggunakan tanah ‘darwin clay’ yang mempunyai 70 kandungan tanah bagi membolehkan ia enang diurus serta tahan lama. Bagi rumput pula, rumput Bermuda dipilih bagu menampakkan padang lebih segar selain ia adalah jenis yang dipakai kebanyakan venue kriket di seluruh dunia.

“Kami juga mempunyai sistem perparitan yang baik. Sebagai contoh, jika hujan turun tanpa berhenti selama 24 jam dan kemudiannya berhenti, tidak perlu tunggu lama untuk memmulakan aksi di atas padang.

“Permainan boleh dimulakan serta merta. Tidak akan ada lopak air. Permainan tidak akan terganggu.”

Seperkara menarik mengenai Kinrara Oval – terdapat 6 blok wicket pitch yang boleh diubah suai. Ia membolehkan sistem pennggiliran dilakukan bagi memastikan pemain dapat berlari dengan sempuna.

“Kami juga mampu mengubah keadaan padang mengikut kesesuaian pembaling. Untuk memberikan lontaran bola ke padang lebih keras, kami akan menyiram lebih banyak air dan memastikan rumput lebih banyak dikawasan wicket.

 

*Bagi mereka yang mahu membaca artikel penuh, sila layari e-majalah Dunia Sukan edisi 65 secara percuma.