Connect with:




Setiap kali selepas melakukan aktiviti senaman atau kecergasan, ramai yang berdepan dilema bau badan yang kuat akibat berpeluh sehingga membuat orang sekeliling berasa kurang selesa.

Perpeluhan adalah sebahagian dari cara biologi tubuh badan manusia dalam menyejukkan tubuh.

Jika tidak bersukan sekalipun, badan tetap akan mengeluarkan bau akibat berpeluh kerana ia adalah proses semula jadi sebaik suhu badan meningkat.

Peluh sebenarnya tidak mempunyai bau tetapi bakteri yang terdapat pada kulit badan manusia membuatkan badan mengeluarkan bau.

Salah satu cara untuk mengelakkan bau badan adalah dengan memakai deodoran. Bagaimanapun, ramai yang berdepan masalah bau badan semakin busuk kerana memilih deodoran yang tidak kena dengan badan mereka.

Di Timur Tengah, dengan cuaca yang sememangnya diketahui umum kering dan panas, muncul satu deodoran yang menjadi pilihan ramai. Lebih mengejutkan, jenama deodoran tersebut adalah produk keluaran Malaysia.

Jezzamour merupakan satu produk kosmetik yang diasaskan Norazlina Mohd Arsad, seorang graduan bidang kejuruteraan. Premium Deodorant Advanced Serum merupakan antara produk Jezzamour paling laris di pasaran.

Premium Deodorant Advanced Serum yang diformulasi secara natural berasaskan air bukan sahaja mengelakkan bau badan disebabkan peluh sehingga 48 jam malahan mencerahkan bawah lengan yang gelap akibat penggunaan deodoran yang mengandungi alkohol dan paraben.

Ia mengandungi pitera yang mampu mencerahkan kulit, kojic aloe vera, mulberry rosemarry, vitamin b3 dan vitamin e.

Premium Deodorant Advanced Serum sangat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga tidak kira lelaki atau perempuan. Malah, ia boleh juga disembur pada kaki atau mana – mana bahagian badan yang dikehendaki kecuali bahagian muka.

Jika anda mengalami masalah bau badan, Premium Deodorant Advanced Serum dari Jezzamour adalah penyelesaiannya. Dengan harga sebotol cuma RM 42, anda boleh gunakannya sehingga 3 ke 4 bulan.

Untuk pembelian, anda boleh mendapatkannya di mana-mana cawangan Eureka Pharmacy atau beli secara online di laman web www.jezzamour.com. Anda juga boleh membeli menerusi whatsapp di nombor 60192058545. Penghantaran adalah percuma.

Jezzamour juga sedang membuat promosi potongan diskaun 15% sepanjang bulan Mac ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.jezzamour.com