Connect with:




Hari ini, sudah tiba bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam. Ramadan berlaku pada bulan kesembilan dalam kalendar Islam – bulan ketika Allah, menurut kepercayaan Islam, mendedahkan Al-Qur’an dan ketika umat Islam mematuhi amalan untuk puasa. Erti puasa itu adalah mereka menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang boleh membatalkan puasa dari matahari terbit sehingga matahari terbenam.
Terdapat pengecualian bagi mereka yang sakit, tua, mengandung, menyusu, atau mengembara. Tetapi bagi kebanyakan atlet amatur dan profesional, yang tidak diberikan kelonggaran masa untuk berlatih dalam bulan puasa, pasti amalan ini sedikit rumit buat mereka.
Jadi, bagaimana atlet menguruskan rutin harian mereka di bulan Ramadhan?
1- Nadia Nadim

Foto Kredit: Man City

Nadia Nadim adalah pemain bola sepak profesional dalam Liga Bola Sepak Wanita Kebangsaan (NWSL) dengan pasukan Manchester City. Dia turut bermain untuk pasukan wanita kebangsaan Denmark.
Bekas pelajar perubatan ini memberitahu dia akan berpuasa pada hari latihan tetapi tidak pada hari perlawanan. “Saya tahu tubuh saya tidak dapat mengendalikannya,” katanya, kerana penghidratan dan pemakanan memainkan peranan penting dalam menentukan prestasinya. Baginya, masa yang paling sukar ketika berpuasa adalah dua jam sebelum masa berbuka kerana dia merasakan masa seolah-olah beegerak dnegan perlahan.
Selain itu, Ramadhan juga menjadikan Nadim berasa “dekat dengan Tuhan” dan dapat meluangkan banyak masa bersama keluarganya. Dia menikmati makan bersama keluarga dan masyarakat, dan menikmati makanan kegemarannya, pakoras (kentang goreng dalam adunan tepung gandum).
2- Mesut Ozil

Foto Kredit: Metro(dot)UK

Bintang Arsenal yang berusia 30 tahun ini sememangnya seorang yang sangat mementingkan puasa di bulan Ramadan. Namun Ozil yang seperti kebanyakan pemain bola sepak yang lain jika dia terpaksa ‘bermusafir’ bersama pasukannya atau bersaing di kejohanan besar, mengambil keputusan untuk tidak berpuasa akan menjadi plihannya.

Hal ini kerana baginya, dia boleh menggantikan puasa Ramadhan itu dalam masa setahun sebelum tiba Ramadhan pada tahun berikutnya. Contohnya, pada 2014 kempen kelayakan Piala Dunia yang berlangsung pada bulan puasa menyaksikan Ozil tidak berpuasa kerana ketika itu dia menjelaskan bahawa dia sedang ‘bekerja’.
3- Amir Khan

Foto Kredit: Parlho

Amir Iqbal Khan atau dikenali sebagai Amir khan merupakan seorang peninju profesional yang pernah menjadi juara olimpik pada 2004. Apabila bercerita tentang puasa kepada sebuah agensi berita di BBC, Amir menegaskan bahawa dia tetap akan berpuasa ketika menjalani latihan di bulan Ramadhan.

Berbeza dengan latihan pada bulan yang lain, intensiti akan dikurangkan ketika latihan pada bulan puasa. Selain itu, dia yang berpuasa di siang hari akan makan dan minum hanya pada waktu malam.
“Selepas berpuasa sepanjang hari, saya sksn makan lewat petang, pergi ke masjid untuk solat dan kemudian saya segera ke gym di tengah malam untuk berlatih selama kira-kira sejam. Walaupun ia sangat sukar tetapi baginya, “itulah pengorbanan yang perlu anda buat sebagai seorang Muslim.”
4- Manal Rostom

Foto Kredit: Fashion United

Dia adalah seorang pelari dan pendaki yang bercita-cita untuk menjadi wanita Mesir yang pertama untuk melengkapkan kesemua tujuh puncak. Cabaran pertamanya ketika di bulan puasa adalah memulakan pagi tanpa minuman kopi.

Tinggal di UAE dengan suhu tinggi jelas membuat dia haus. Selain menjadi seorang pelari marathon, dia juga merupakan seorang pengajar kecergasan. Setiap hari di bulan Ramadhan, dia hanya akan mengajar sekurang-kurangnya 3 kelas tetapi diadakan selepas iftar (berbuka puasa).

Sesi latihan Roston pula akan dialukan sejam sebelum iftar atas dia akan berlari sejauh 5 000 meter selepas solat Tarawih pada waktu malam. Baginya, Ramadhan menjadikan dirinya untuk terus bersikap dan berfikiran positif. Selain itu, dia mengatakan bahawa puasa melatih dirinya untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik.

5- Mo Salah

Foto Kredit: Indipendent(dot)UKRa

Salah sentiasa mempratikkan ajaran Islam dalam kehidupan sehariannya. Namun, menjelang Piala Dunia 2018, Shawki Allam, Mufti Besar Mesir, telah memberi kebenaran kepada bintang bersinar ini dan rakan sepasukannya dalam skuad Mesir untuk menangguhkan puasa mereka.

Selain menjadi pasukan Mesir, Salah yang juga merupakan hero Liverpool bakal menghadapi perlawanan final UCL bersama rakan-rakan Muslimnya iaitu Sadio Mane dan Emre Can menentang Real Madrid pada minggu depan.
Ianya akan menjadi risiko buat mereka untuk menahan diri daripada makan dan minum semasa sesi latihan sebelum terbang ke Kiev. Menurut Salah, ianya bakal menjadi Ramadhan yang sukar sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak selain memikirkan ianya salah satu daripada rukun Islam yang wajib dipatuhinya.
Sekiranya dia gagal menunaikan kewajiban berpuasa, sudah pasti Salah akan menggantikannya sebelum memasuki Ramadhan lain pada tahun hadapan. Salah mengakui pada 2014 dia telah menegaskan tentang puasa Ramadan yang sukar dengan latihan pra-musim di Chelsea.